Sunday, May 2, 2010

Kayuhan Jelapang Padi 2010

Kayuhan Jelapang Padi 2010 diilhamkan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah kerana diatas minat yang begitu mendalam terhadap sukan berbasikal bukit dan ingin memartabatkan sukan ini dipersada antarabangsa. Kayuhan Jelapang Padi 2010 adalah berkonsepkan kayuhan santai (fun ride) diadakan sempena Karnival Amal Hari Penyayang 2010 anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah pada 21 dan 22 Mei 2010 yang bertempat di Stadium Darul Aman. Jesteru, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah tidak terlepas untuk bekerjasama dengan Yayasan Sultanah Bahiyah bagi menganjurkan Kayuhan ini. Agensi-agensi lain yang terlibat dalam penganjuran ini adalah seperti MADA, Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah, Persatuan Pengakap Kelana Laut Negeri Kedah dan Polis Diraja Malaysia.

Date: 22 May 2010
Time: 7.15am
Venue: Stadium Darul Aman
Distance: 50km
Registration fees: RM35
Contact: En. Hafizal 019-5080181 or En. Rizairi 019-5112030
Details here

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...