Friday, July 22, 2011

Shah Alam Exciting Race 2011 - Winners

Date: 16 Jul 2011
Venue: Shah Alam

Pada penganjuran tahun keempat ini para peserta telah bermula dari Dataran Shah Alam dan laluan atau ‘route’ pertandingan  adalah di sekitar Shah Alam. Shah Alam Exciting Race adalah merupakan satu pertandingan yang unik dan memerlukan kekuatan mental dan fizikal selain peserta harus mempunyai strategi untuk melaksanakan tugasan yang akan diberikan pada setiap peringkat. Setiap kumpulan akan menaiki sebuah kereta dan akan diuji kehandalan dalam aspek IQ, EQ, PQ, dan SQ.
Para peserta juga diberi peluang untuk menoreh getah, memberi kuda makan, selain itu mereka juga diuji mengangkat air mengelilingi Taman Tasik Shah Alam dan juga membuat persembahan.  Selain daripada itu para peserta juga dikehendaki membeli bahan-bahan untuk memasak ikan stim dan memasaknya sendiri dengan menggunakan kreativiti masing-masing. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berusaha Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Tuan Mohtar bin Hani. Details here



 Shah Alam Close Category
Champion - Kerinks group, 1 runner up - Sempoi Jer group, 2nd runner up - Ape Pun Tak Boleh group
Open category
Champion - AD Crew group, 1st runner up - Bangi group, 2nd runner up - Three Stripes group

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...